Monday, February 11, 2013

Duhai Kekasih DI Jiwa 4 : Mengadu , Mencari Bayangmu

Duhai cinta
duhai kekasih di jiwa

bila membaca sirah mu
juga sahabat sahabat mu
hati cemburu

Duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
hari ini
kami tidak sebertuah sahabat sahabatmu
dunia islam tandus pemimpin dalam acuanmu
seperti yang pernah kau teladani dulu

kami rindu
bayangan pemimpin yang dipandu Al Quran dan SunnahMu
yang faham hakikat khalifah , pemegang amanah, seperti yang selalu kau sebut sebutkan dahulu

hari ini kekasih tercinta
pemimpin yang kami ada,
hanya bijak berkata kata
tiada dikota

lebih mengenal PSY dan Gangnam Style..dari mengira sunnah serta contoh yang engkau bawa
lebih sibuk memotong cukai untuk tas tangan dari mengira berapa banyak mulut si miskin untuk diberi makan
lebih banyak menghulur wang segera daripada menyedia sarana membangun agama
lebih banyak berdebat isu picisan daripada memikir kaedah menghapus kemiskinan
bertikam lidah dengan isu kalimah Allah daripada membantu pengemis jalanan yang bersepah sepah

benar kekasih tercinta
negara kami kaya,
tapi umatmu tidak ke mana

semuanya bukan kerana apa
tapi kerana kami tiada pemimpim berwibawa
yang faham al quran serta sunnah yang engkau bawa
serta amanah ..memimpin negara

duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
pemimpin yang kami ada
hanya faham kaedah mengira dan mencari harta
untuk diri dan keluarga
bukan untuk bangsa, agama dan negara

lihatlah sahaja tingkah mereka
berkereta mewah, minyak ditaja
oleh rakyat yang hidup biasa biasa sahaja
kadang berpesta dan ke luar negara
membawa bersama isteri dan anak anak tercinta
bertopeng urusan rasmi negara
padahal membeli belah, hingga terpaksa guna kereta negara
mengambil masa bukan sahaja diri sendiri yang punya, malah dipaksa pegawai kerajaan tidak berdosa


duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
pemimpin yang kami ada
tidak cenderung pada majlis ilmu atau halaqa
tapi cenderung pada K Pop dan Gang Nam yang entah apa kiblatnya
majlis ilmu ditentang dihina
K Pop datang dirai dijulang
jadilah kami rakyat yang buta akal, buta hati, tiada ilmu mahupun kekuatan agama
hanya lalang mengikut rentak pemimpin yang tak kurang butanya


duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
sungguh....

kami rindu
bayangan pemimpin yang dipandu Al Quran dan SunnahMu
yang faham hakikat khalifah , pemegang amanah, seperti yang selalu kau sebut sebutkan dahulu

Dalila
Putrajaya
12 Feb 2013













Duhai Kekasih Di Jiwa 3: Antara Dua Cinta

Duhai cinta
Duhai kekasih di jiwa

Sunnah mu indah
antara dua cinta
kau ajarkan kami memilih yang jauh di sana
yang lebih kekal sifatnya

bukan yang hanya sementara

kau tunjukkan teladanmu dalam setiap sedut nafasmu
agar kami ini terpandu

Subhanallah...
sempurnanya apa yang kau sampaikan
sebagaimana FirmanNya

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu.” (Al-Maaidah: 3)

tapi
hari ini
duhai kekasih tercinta

ramai juga yang telah terlupa
akan apa yang pernah engkau bawa
bahawa dunia hanya sementara

akhirat itu lebih kekal sifatnya
dan lebih baik untuk didamba

lalu ramai juga yang menggadaikan agama
untuk dunia yang hanya sementara

Lalu ...
duhai kekasih di jiwa
masih pantaskah kami
untuk sama merasa ,
 menghilang jerih dahaga
mendapat syafaat mu lalu menghirup setitis air dari telaga kauthar milikmu?

sungguh..kami masih mendamba.....

amin amin amin
allahumma amin

Duhai Kekasih Di Jiwa 2

Duhai Cinta...
Duhai Kekasih di Jiwa...

9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Padang Arafah
kau telah berpesan atas banyak perkara...
antara yang terkesan di jiwa

" Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh."

Tapi hari ini kekasih di jiwa....
sungguh....
ramai yang lupa...

solat telah dialpa

puasa hanya pada lapar dan dahaga

zakat tidak dibahagi rata

haji?aghhhh...ramai yang masih berasa diri tidak berdaya...sedang rumah, kereta, harta berlambak banyaknya

Duhai cinta ,,duhai kekasih di jiwa
katamu juga kami bersaudara...
apakah ia masih bermakna...bila tikam menikam menjadi budaya?

Duhai cinta ,,duhai kekasih di jiwa
katamu beza kami hanya pada takwa...
tapi kekasih tercinta..
umatmu hari ini bermati matian mengejar pangkat  harta dan  juga nama

lalu ...masihkah layak kami mendamba syafaatmu kekasih tercinta?
duhai kekasih dijiwa......

selawat dansalam buatmu...

astaghafirullahalazim.....astaghafirullahalazim



Duhai kekasih di jiwa 1

Duhai cinta, duhai kekasih di jiwa
Katamu dulu,
 Kau tinggalkan kami dua perkara
Andai kami berpegang teguh pada keduanya
 Takkan kami Tersesar maupun tersesat

Tapi hari ini duhai kekasih tercinta
Ramai yang lupa Lalu meninggalkan kedua duanya
Lalu jadilah mereka umatmu yang hanya muslim pada namanya
Tidak mengerti apa yang engkau perjuangkan seluruh usiamu, juga apa yang engkau bawa...

Andai saja engkau masih bersama ..
duhai kekasih tercinta..
Tentu indah hari hari yang kami jalani
 Tentu sinar dan cahayamu bergemerlapan
 Lalu hati hati ini tentu turut dilimpahi cahayamu itu
Dan pastinya rahmat tuhan mencurah curah ...
Andai saja kau masih bersama...
Duhai cinta, kekasih di jiwa...

Wednesday, November 14, 2012

Allah is With Us....

Ramadhan lalu, sewaktu saya sedang beriktikaf sendirian di Masjid Nabawi, bersandar di tiang sambil menelaah Tafsir Quran, saya terasa diri saya dipandang dari jauh. Mengangkat kepala, saya tersenyum pada sekumpulan wanita Palestin tersebut. ( *pada mulanya saya ingatkan mereka orang Arab Madinah). Melihat saya tersenyum, ketiga -tiga mereka menghampirkan diri kepada saya.

" How are you? Where are you from?" tanya wanita yang lebih kurang sebaya saya (30an) dengan penuh ramah tamah memulakan bicara. 

"Alhamdulillah...Malaysia..Are you local?"

"No . We are from Gaza.."

Waktu itu saya mula berminat meneruskan bicara. Tiga kali ke Tanah Suci, ini kali pertama saya disapa dengan saudara dari Palestin. Saya jarang berjumpa dengan orang Palestin di Tanah Suci.

Lalu kami berkenalan sedikit sebanyak.  Wanita sebaya saya itu telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang ditinggalkan di Gaza. Beliau datang bersama ibu, suami, seorang adik perempuan dan seorang anak saudara. Dari perbualan kami tahulah saya bahawa beliau seorang suri sumah dan suaminya bekerja dengan stesen televisyen di Gaza.

Saya juga menyatakan rasa hati saya yang terlalu ingin ke Masjidil Aqsa. Beliau menyatakan kepada saya bahawa semasa kecil, ada juga beliau ke Masjidil Aqsa tetapi tidak lagi sekarang disebabkan sekatan Israel.

Lalu saya bertanya " How is Gaza...How is life in Gaza?"

Jawab beliau " For the time being, alhamdulillah, everything is under control although we are not so free to move around and there is so very limited food and medicine.. but we are okey, Allah is with us...

Jawapan beliau menyebabkan manik manik jernih mula bertakung di kelopak mata saya.

Mereka ini hidup dalam tekanan dan ditindas, namun aqidah mereka tetap kukuh kuat terpelihara. Terasa kerdil sungguh kita yang dilimpahi kemewahan, namun sering lupa itu nikmat Allah yang patut kita syukuri dan sepatutnya nikmat nikmat itu lebih mendekatkan diri kita dengan Rabb yang satu.

Semalam, saya terdengar berita Gaza diserang,(saya tidak tahu sejauh mana atau adakah ia melibatkan orang awam...) tetapi saya berdoa Allah melindungi mereka...dan memberi kemenangan ...
 





Friday, September 21, 2012

Dunia Dalaman: Perdagangan Yang Tidak Kan Pernah Rugi

Duhai Hati
Perdagangan Ini
Dengan Yang Maha Suci
Pemilik Syurga yang diimpi
 Tidakkan Pernah Rugi

Selagi tidak kau sandarkan
dengan mana mana insan
atau ciptaan
yang cuma perhiasan
sepanjang jalan
menuju Tuhan

Putrajaya, 20 Sept 2012

sekadar hiasan: kelengkapan beriktikaf : Beg besar yg boleh memuatkan handphone,purse, ipad, quran dan itu kasut saya, masuk dalam plastik, bawa masuk masjid
Masjidil Haram : Ramadhan 2012



Friday, September 14, 2012

Dunia Dalaman : Charity Begins...

Image : Masjidil haram, Ramadhan 2012

I was amazed with the "charity" culture around Masjidil haram and Masjid Nabawi, particularly during the hajj and the month of ramadhan. It comes in various forms: money, foods ( tamar, milk, laban, breads, nasi arab) and as you can see in the above picture that i snapped during my last umrah in ramadhan, this guy is giving away tissue papers for the people who is doing the tawaf on the first floor of the beautiful mosque. It was such a big help, as the weather was very hot ( 48-50 degree) at that time.

If you do your saei, there is even people who "spray" your face with zam zam water using the ironing spary bottle to cool you down..(saei- around 3.5km walk). I tell you, it really helps.  I purposely go near the person who got the spray to get my face sprayed! * But i forgot to snap photo as usually during saei i  ll be extra "tired"...hehehe



When the Prophet Muhammad (peace be upon him) was once asked what qualities in Islam are good, he responded, “To feed the poor and greet those whom you know and those whom you don’t know,” (Reported in Bukhari).