Wednesday, February 23, 2011

BEG HARAPAN


Saya dibesarkan di kampung. Tinggal bersama nenek sejak saya kecil lagi.
Ini kerana, kedua ibu bapa saya juga tinggal bersama nenek sehinggalah saya berusia 6 tahun sebelum mereka berpindah ke kediaman sekarang. Saya pula terus tinggal dengan nenek yang sudah tua. Ketika usia saya menginjak 7 tahun, seperti orang lain, saya akan memasuki sekolah rendah. Terujanya tuhan sahaja yang tahu. Berangan angan memakai pakaian sekolah ( pinafore biru ).Saya juga membuat permintaan kepada bapa saya.

"Saya mahu beg sandang. Tak mahu beg peti.Tak best."
Waktu itu, saya selalu melihat kakak saya membawa beg peti berwarna merah.

Suatu hari, ketika Saya leka bermain bersama kawan kawan di kampung, bermain di bawah pohon asam nan rendang dan teduh, berlatarbelakangkan sawah padi nan hijau terbentang, bapa saya memanggil saya pulang.

Saya berlari pulang. Tidak mengetahui yang saya akan mendapat satu kejutan.

" Cuba tengok dalam plastik tu. Beg sekolah tu. Ok tak? " bapa saya bersuara.
Saya berlari menerpa beg yang dimaksudkan.
Wahhh!!!!!saya sungguh gembira! Senyum sampai ke telinga. Beg sekolah pertama saya!!!!!Yang lebih menggembirakan : beg tersebut mengikut spesifikasi saya!Beg sandang yang cantik!Berwarna coklat!( bukan pink yer..kerana masa tu saya agak tomboy!tak suka pink)

hari ini, saya masih bergembira setiap kali membeli beg baru atau mendapat hadiah beg baru, atau ketika dapat memiliki beg berjenama, tetapi kegembiraan itu tidak sama dengan pengalaman mendapat beg sekolah pertama yang dibelikan bapa saya dengan gajinya yang kecil, namun masih berusaha membahagiakan anaknya ini. Saya namakan itu beg harapan, harapan beliau melihat saya berjaya , semangat yang diberikan pada hari pertama persekolahan saya....

No comments: