Monday, March 28, 2011

Al Quran

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)


Ketika makan tengahari tadi, saya berbual dengan dua orang rakan sepejabat. Kami bercakap tentang diskriminasi yang dilakukan oleh orang kafir yang menguasai ekonomi ke atas orang islam yang perlu menagih simpati dan belas kasihan untuk mendapatkan sesen dua gaji buat menyara hidup. Rakan ini bercerita tentang kawan kawan beliau yang terpkasa membuka tudung untuk bekerja di hotel milik orang kafir. Katanya lagi, ada rakan rakan yang terpaksa menghidangkan minuman keras kerana di paksa oleh taukeh atau orang atasan.

Jiwa saya terpukul. Lemahnya kita orang Islam. Sudahlah tidak menguasai ekonomi, maruah dan pegangan kita juga diperkotak katikkan.Selebihnya saya marah. Marah yang tak tahu kepada siapa.Pada diri sendiri?. Pada nenek moyang kita yang mengabaikan kepentingan Al Quran ? Pada pemimpim politik yang lebih suka membicarakan isu sodomi yang tidak menguntungkan rakyat daripada membicarakan isu bagaimana hendak mendidik bangsa menjadi bangsa yang dihormati?

Lalu akal kerdil ini mencongak menghitung. apakah puncanya ? beginikah umat akhir zaman?

Pesan Nabi SAW " Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya."

Adakah kita mendampingi apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah?


Semoga kita semua menjadi pendamping Al Quran yang konsisten.

Saya percaya, kalau kita benar-benar mendampingi Al Quran dan Hadis serta benar benar berusaha mengikutnya, tidak ada apa yang mampu memperkotak katikkan kita melainkan dengan izin Allah.

No comments: