Friday, May 20, 2011

IRONI

Ironi I


Brad Pitt : Saya suka awak
Jennifer Aniston : *diam *
................................................
Bila hubungan putus, Jennifer Aniston menderita.

*moral ironi i

Ikhlas itu penting di hati, bukan di mulut.
Bila kita ingin berkata sesuatu, pastikan ia lahir dari hati yang ikhlas.
Action speaks louder than words, no?


*************************************************************************************
Ironi II

Di satu majlis....

Ali : Jemput makan. Sedekah sedekah
Abu: *tak pernah belanja* (Abu tidak pernah belanja makan kawannya )
Ahmad: kedekut si Abu tu, si Ali baik.Selalu sedekah/belanja.
_____________________________________________________________
di talian telefon di dalam bilik Abu, Abu menerima panggilan telefon Akon

Akon : Saya nak pinjam duit awak, boleh. Tapi awak jgn bagi tau orang?
Abu: Boleh. nanti saya beri. Jangan risau. Tak ada orang tahu.

Ahmad tak mengetahuai perkara ini..
___________________________________________________________
Di satu tempat lain

Ali : Achong, Si Abun tu tak nak kerjasama la Achong, memang dia pemalas
Achong : Yeke? Mana boleh macam tu. Kena tegur ni.

____________________________________________________________
Achong : Abun, awak patut tahu priority. Kita bekerja di sini kena masing masing buat bahagian masing masing............................................
Ali sangat gembira berjaya dalam misinya memburukkan Abun.


Moral Ironi II :

Kadang kadang, orang yang tidak belanja secara terbuka itu, mungkin dia suka bersedekah secara tertutup. Kita tidak tahu. Kadang kadang, orang yg belanja orang ramai secara terbuka itu belum tentu hatinya sesuci bersih yang kita sangka. Mungkin dia cuma mengaburi mata orang agar tidak nampak kejahatan hatinya. No?



*************************************************************************************
Ironi III

A : Awak ni, cuba jangan buat macam tu. Kalau awak buat macam tu lagi, memang saya tak kawan la dengan awak. Itu perbuatan tak baik. Teruk tau!
B : *diam tetapi menyimpan duri di dalam hati.*
A cuma mahu berkata benar, walau bunyinya keras dan kasar. B diam seolah olah menerima walaupun memberontak

Moral of Ironi III

Ayat yang keluar secara keras, mungkin juga dari hati yang tulus.
Ayat yang keluar secara lembut, mungkin juga dari hati yang tidak ikhlas. No?

9 comments:

life according to gerberra said...

refer tu Ironi II: aku nak berkenalan la gn abun tu heheheh

Intanterpilih said...

hhahahaahhhahha.....aku nak kenalkan ko dengan Ali tu...ko nak yang lain....Abon...Abon telah beristeri..( ironi lagi!)

life according to gerberra said...

aku nak kenal je, bkn nak kawen....
ali tu kau kenalkan kat cik na, tak pon kwn ko yg tutttt....

Intanterpilih said...

oh ye...never ask for Achong kerana dia gay.haha

asuhara sue said...

iskk banyak sangat ironi, dah mcm lagu alanis la plak!

Intanterpilih said...

sikit lagi keluar ironi alaniss morisette

SitiNur said...

Ironi III

Hati yang baik akan mengeluarkan kata-kata yang baik juga. Bagaimana kata-kata yang keras boleh keluar daripada hati yang baik?

Hehehe.

Jika kata-katanya keras, Si B tak akan rasa bersalah untuk tidak menuruti.

Jika kata-katanya lembut, Si B akan rasa malu kerana masih tak sedar diri.

Entahlah...

Intanterpilih said...

SitiNur,
Betul juga tu!Aik, ingat lagi ya rumah mayaku ini?lama takbertandang?

SitiNur said...

Tak bertandang ke mana-mana pun. Lahaiii..