Thursday, September 29, 2011

Amarah Sepinggan Kabsya

*perbualan telah diubahsuai dan diedit bagi tujuan penerbitan dan sesetengah frasa dilembutkan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Hehe

Minggu lepas, saya makan malam di Saba', Cyberjaya. Tempat makan kegemaran saya. Dan kami memesan nasi kabsyah. Sewaktu makan, saya memerhati keadaan sekeliling. Kebetulan saya menyaksikan sepasang kekasih ( telahan saya sahaja ) ala ala tahi cicak (seorang sangat putih cerah dan seorang lagi agak gelap kulitnya.) Lalu, saya bersuara menanyakan teman saya .

Saya : Awak, cuba tengok pasangan tu. Yang lelaki tu orang A*rika kan?

Dia : Ya. Orang A*rika. Mmmmm.. Mesti mengikis la tu.

Saya : Pandai la awak. Bukan semua orang jahat lah.
* ( sengaja memancing. Hakikatnya, saya juga terfikir benda yang sama )

Dia : Betul la. Ada banyak kes macam tu. Ada satu kes tu, habis RM30,000. Dan wanita
melayu tersebut ditinggalkan begitu sahaja. Lelaki A*rika ini mahukan duit dan seks
sahaja.

Saya : Kasihan perempuan Melayu tersebut. Takkan dia tak sedar dirinya dipergunakan?

Dia : Awak tengok lah tu. Orang A*rika ni, kalau nak kikis dia tak kisah kurus atau gemuk,
muda atau tua. Anak dara atau janda. Bila dia pergi clubbing, dia bawa yang seksi dan
cantik. Mungkin wanita itu terdesak, atau perlukan cinta. Sebab itu tak nampak itu
semua. Tapi mungkin juga itu cinta sejati mereka. Kita tak tahu.

Saya : Kalau betul cinta tak apa lah. Tapi kalau dia nak ambil kesempatan ke atas wanita
tersebut, memang dia layak dihempap kepalanya dengan kerusi! hehe. Jum kita balik.
Lagi lama saya di sini, takut saya hempap kepala orang dengan kerusi. hehe.

Kami berlalu...

Dalam kepala terfikir :
Wanitakah salah meletakkan diri di tempat yang tidak sepatutnya?
Ataukah...??

(*tiba tiba mood "Hey Ladies"...hehe )

No offends yeah...

3 comments:

Teratak Hami said...

Takut perempuan tu nak dijadikan "keldai dadah" jer.

Intanterpilih said...
This comment has been removed by the author.
Intanterpilih said...

Kak Aja
Seriously..takut..
tp tu worst case scenario la kan..
but part yg dipergunakan tu rasa mcm layak juger la dia dihadiahi kerusi ...hehe