Tuesday, September 27, 2011

Hakim Yang Adil...

Hujung minggu lepas, saya menghabiskan masa saya menjadi hakim bagi Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011 Antara Universiti. Tahun ini, sebanyak 26 universiti menyertainya. (Saya tidak begitu pasti ). Dan terdapat 6 sessi saringan. Bermakna, saya akan menjadi hakim sebanyak 6 kali sepanjang hari Sabtu dan Ahad. Tetapi saya tidak kisah.

Ia sesuatu yang dilakukan dengan rela hati.

Sebabnya: Saya memang suka menyaksikan perdebatan. Ya. Dan saya sering kagum dengan orang yang pandai bercakap dan berhujah dengan matang serta bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan.

Ketua hakim kami pula merupakan seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang agama yang meluas. Beliau seorang yang kelakar, namun dalam kelakar beliau akan diselitkan pengajaran yang disampaikan secara jenaka. Puas juga saya ketawa.

Antara yang paling awal diingatkan beliau :

Seseorang yang dilantik menjadi hakim diberikan amanah dan kepercayaan untuk mengendalikan kes menurut paksi undang-undang. Ini menjadikan jawatan hakim seumpama telur di hujung tanduk. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud (secara ringkasnya): “Terdapat tiga golongan hakim, tetapi hanya satu saja yang akan masuk syurga. Ia adalah golongan hakim yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menghukum mengikut ilmu pengetahuannya.”

Ingatan yang sangat relevan dan sangat saya hargai. Ia menjadi pemula bicara ketua hakim sewaktu taklimat kepada kami. Terima kasih ketua hakim@ustaz.

Oh ya , sewaktu sessi akhir saya diberi peluang menghakimi dua pasukan paling mantap dalam pertandingan ini.
Komen peribadi : Perdebatan mereka ini (UM VS USIM) jauh lebih matang dari perdebatan antara Sabery Chik dengan Annuar Ibrahim suatu masa dahulu! Sesuatu yang agak memalukan untuk seorang menteri. hehe. Oppss..maaf, komen terbuka.

Tahniah kepada semua universiti yang menyertai Debat Alam Sekitar 2011. You guys rawk!

Adilkah kita dalam menunaikan amanah? Moga-moga YA.

Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin

No comments: