Friday, October 28, 2011

Bisikan Hati - Satu Doa

Bulan Julai lalu, kawan saya S mengajak kami ke Jepun. Waktu itu tiket agak murah. Saya berkira- kira hendak pergi atau tidak. Kerana saya telah ke sana pada musim panas. Oh! Panasnya boleh tahan juga. Saya katakan kepadanya

" tak mahu pergi ke sana musim panas. nak merasa musim luruh pula."

Sebetulnya saya masih tiada perancangan kukuh untuk ke sana dalam musim luruh seperti yang diungkap di bibir saya. Juga tidak pernah membeli apa apa tiket murah untuk ke sana.

Setiap kali bercerita, saya akan sebutkan sebegitu

" tak mahu pergi ke sana musim panas. nak merasa musim luruh pula."

Bulan lalu, saya menerima tawaran untuk berkursus ke sana. Tarikhnya ialah sekitar hujung November hingga awal Disember insyaallah.

Saya kira ia satu bisikan hati yang dimakbulkan Allah. Insyaallah!

Subhanallah.:)

Moga menjadi kenyataan dan tiada aral melintang. Amin!

Iktibarnya saya hanya mahu berkata yang baik sahaja! Ia adalah doa...

6 comments:

Rumah Kuning said...

salam ziarah. bestnya makan angin.ke jepun pulak tu. hehehe

Teratak Hami said...

Musim sejuk tu, bestnya :-)

Intanterpilih said...

Salam Puan RUmah Kuning,
hehe...bukan makan angin tu, kursus..hehe

Intanterpilih said...

Salam k Aja...
takut tak tahan je nanti..hehe

asuhara sue said...

jangan kau lupa segala pesananku wahai si mambang!itte rashai!

Intanterpilih said...

asuhara sue:
Sure bebeh