Wednesday, October 5, 2011

Hina Si Gulai Telur- Ketika Kesabaran DiUji


imej dari album Kak Liza : Karei raisu ( curry rice) hidangan pertama kami sebaik turun dari kapal terbang sewaktu di Tokyo 2009. Ha...tengok, karei orang jepun pun ada telur la! Awak aje yang tak world, tak reti makan kari telur..hehe


Sewaktu menuntut di Universiti, saya mengambil keputusan untuk tinggal di luar kampus. Seingat saya, ketika itu cuma saya dan kawan saya R sahaja yang betul betul nekad mahu tinggal di luar. Saya mengajak C tinggal bersama kami ketika itu. Maknanya kami bertiga.

Ketika semester 3 bermula, 3 lagi rakan kami iaitu A#, D dan Y mengambil keputusan untuk tinggal bersama kami. Saya tiada masalah.

Ketika itu kami semua sepakat, setiap hari makan malam di rumah kami masak ikut giliran. Saya tiada masalah.

Kami mengambil giliran memasak setiap hari. Begitu juga dengan tugasan membersihkan bilik air dan rumah. Saya tiada masalah juga.

Satu hari, tiba giliran saya memasak. Maklum saja, saya bukanlah seorang yang pakar tentang masakan. Tambah lagi waktu itu kami masih mentah dan muda. Cuma beberapa jenis masakan sahaja yang saya arif dan pakar. Jadi hari itu saya cuba memasak gulai telur. Gulai tesebut saya masak sebaik sahaja saya pulang dari kelas Thermodynamic yang agak memeningkan kepala. Badan saya pula terasa sangat letih. Kena pula memasak. Tapi saya tidak kisahkan sangat hal tersebut kerana pada saya, semua orang pun begitu.

Tiba waktu makan, kami semua duduk di atas lantai bersila.
(Rumah sewa kami tiada meja makan ). Semua kami berlima kecuali Y duduk bergelak ketawa dengan riang ria. Waktu itu Y keluar rumah ke kedai.

Sedang kami menjamu selera, Y pulang dengan motosikalnya. Dia masuk ke rumah. Lalu beliau bersuara " Makan lauk apa hari ini?"
Kawan saya A menjawab "Gulai telur. Duduk lah Y makan sama kami "
Y menjawab " Ah, gulai telur, tak kena dengan tekak aku!"

Saya pun berdesing telinga dan dengan penuh emosi menjawab :

" Tak kena dengan tekak engkau? Ada aku kisah tekak engkau ? Tak tau bersyukur! Pantang aku orang hina makanan tau! Takut takut tuhan tarik nikmat makan tu. Pergi lah cari makanan yang kena dengan tekak engkau!"

Oh, saya tewas dengan ujian kesabaran! Cepat sahaja mulut saya membalas. Kalaulah dapat saya bersabar hari itu, mungkin kami masih bersahabat!

Jika dapat diputarkan masa, saya berharap saya dapat bersabar dan tidak membalas kenyataan beliau tersebut. Setidak tidaknya saya mungkin boleh berkata "Jangan begitu. Makanan rezeki Allah. Datang dari Allah. Kalau suka makanlah. Kalau tak suka diamlah. Memang pantang saya mendengar orang mencaci makanan. Tuhan pun tak suka kita mencaci kurniaanNya."

Ia tidak jadi begitu! Kerana kelemahan saya sebagai insan. Apa boleh saya buat. Nasi sudah menjadi bubur. Yang lepas biarkan berlalu. Saya mengambil pengajaran supaya lebih bersabar dan lebih berhemah ketika kesabaran saya diuji!

Tapi apa yang bagusnya, selepas itu tiada lagi kedengaran sesiapa mengomel pasal makanan di rumah sewa kami itu! Telinga saya tidaklah menjadi panas lagi!hehe..

Semoga Allah mengampunkan saya dengan segala kelemahan yang ada dan meminjamkan saya lebih kesabaran. Amin.

Sekiranya saya berjumpa Y, saya ingin peluk dia rapat rapat. Dia masih sahabat saya, walaupun dia tidak suka gulai telur...hehe

note : Saya dan R masih rapat sehingga hari ini dan masih berkongsi rahsia. Sabtu nanti kami akan breakfast date. A#, C , D saya hanya berhubungan melalui fb...

2 comments:

MisY said...

pengalaman mendewasakan kita...

Intanterpilih said...

K Yanti :
Betul. Emotionally, Spiritually...:)