Tuesday, November 29, 2011

Salam Dari Ube

Salam dari Ube...
Sudah seminggu kami di sini...
Kuala Lumpur- Tokyo- Haneda- 3 malam di Hiroshima- Ube

Basikal
5 hari di Ube, saya telah 2 hari berbasikal keliling bandar ...Seronok juga menunggang basikal dalam keadaan tergagap gagap ( lepot kata orang kampung saya ). Namun begitu, kemudahan pedastrian yang disediakan di sini sangat membantu penunggang basikal menunggang basikal dengan selesa tanpa risiko keselamatan. Seronok juga berbasikal dan membeli belah di UniQlo. Kalau di Malaysia saya sibuk mencari parking di basement, di sini, parking basikal sangat mudah. Habis membeli belah, masukkan barang ke dalam bakul dan kayuh basikal balik ke hotel. Im a happy gal...hehe.. Sewaktu menunggang basikal, saya terkenang tempat tinggal saya di Putrajaya. Ada padestrian walk, tapi malangnya ada tempat tempat tertentu seolah tidak "user friendly" kepada penunggang basikal mahupun pejalan kaki.... Sudahnya yang berbasikal mengayuh basikalnya di atas jalanraya yang dikongsi dengan kereta dan bas... Alahai....Tambah menyedihkan, saya kerap melihat jalanraya yang tidak rosak di hadapan pejabat saya dibetulkan.Aduhai.. di sini, sangat berbeza...

bersambung..

3 comments:

Teratak Hami said...

Balik M'sia nanti, sila timbang berat anda. Mungkinkah dah kurus??

Basikal jgn lupa dikunci :-)

Intanterpilih said...

kak aja..mana mungkin kurus baa....sejuk sini...jadi saya byk makan...hahahahahaahha....

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)