Friday, February 10, 2012

Aku Dia dan Doa

Dendangan lagu Arashi - Monster kedengaran,menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.
Dari dapur, saya bergegas mengambil telefon tersebut.

" Solat dhuha dari pukul berapa ke pukul berapa ? " ...pesanan ringkas tersebut berbunyi.

Terus mata saya berkaca dan saya nampak kabur kabur abjad- abjad di telefon bimbit saya. Perlahan- lahan ada manik jernih gugur dari kelopak mata saya. Tak dapat saya tahan.

Saya tak pandai mengajak. Apalagi berceramah.Jauh sekali berdakwah. Ilmu saya sikit.( Atau hampir tiada )

Yang ada cuma kasih sayang saya untuk dia, dan doa yang tidak putus putus. Sungguh! Itu sahaja. Sesekali leteran, bila saya rasa tidak setuju dengan tindakan dan pandangan dia terhadap sesuatu perkara.

Saat- saat begini, saya terkenang masa -masa saya di Tanah Suci. Sungguh, dia antara yang mendapat tempat istimewa dalam jiwa saya. Setiap hari, saya akan cuba melakukan tawaf sunat sekurnag-kurangnya sekali sehari. Setiap satu tawaf sunat, ada 7 pusingan. Dan saya khaskan satu pusingan tawaf sunat tersebut,khusus berdoa untuk dia. Kerana kasih sayang saya untuk dia, saya mahu dia berubah...

Maha Suci Allah yang Maha Mendengar. Kebelakangan ini saya mula merasakan bahawa Allah benar benar memakbulkan doa saya untuk dia yang saya kasihi....


“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

No comments: