Saturday, February 11, 2012

Angan angan

Angan Angan
bila mencari pasangan
yang bakal jadi pilihan
si hartawan

angan angan
jejaka pilihan hati
punyai personaliti
segak tinggi

cari cari
tunggu tunggu
masih belum bertemu

hari hari
yang berlalu
meningkat usiamu

(* ini adalah lirik lagu "angan angan " dendangan Raja Ema, 80an )

Ia tidak ada kena mengena dengan apa yang saya akan ceritakan di bawah.

Minggu lepas, saya berbual dengan jiran sebelah saya F. Beliau bercerita tentang satu kursus yang dihadiri, saya tidak ingat apa tajuk kursus tersebut. Tetapi ianya merupakan satu kursus keibubapaan. Kata beliau, pulang dari kursus tersebut, beliau kuat merasakan mahu berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Namun, seperti yang umum ketahui, hari ini kekangan utama adalah kewangan yang menghalang dari ibu ibu mithali ini berhenti kerja.

Saya teliti apa yang F perkatakan. Saya kira ini dilema ibu moden zaman ini. Selain kewangan, saya rasa cara masyarakat kita berfikir juga merupakan satu hal lain.
" Isk, kau ni, dah belajar tinggi tinggi , ada master, ada degree bagus buat apa berhenti? Rugi "
( saya membayangkan ayat ini akan keluar dari mulut generasi terdahulu a.k.a ibu- ibu kita )

Kalau boleh menjawab, ingin saya katakan :

Hendak lahirkan generasi hebat, ibu ibu perlu ada pelajaran tinggi, hebat. Banyak ilmu. Ilmu dunia, ilmu akhirat. Kalau pun dia berkelulusan tinggi, tidak rugi menjadi surirumah sepenuh masa dan tidak keluar bekerja. Kebijaksanaan ibu akan memastikan lahirnya generasi hebat. Macam Salahuddin Al Ayyubi, macam Imam Bukhari. Semua tokoh ini punya ibu yang hebat. Kalau tidak salah saya, kajian ada dibuat yang menunjukkan bahawa kecerdikan anak diwarisi dari ibu, bukan dari bapa.

Islam sendiri menggariskan bahawa ibu ibu perlu menyusu anak sehingga 2 tahun dan bapa perlu membayar kos penyusuan tersebut.Namun, apa yang terjadi hari ini, ibu ibu terpaksa meninggalkan anak anak di bawah jagaan " bibik" dan keluar bekerja. Kadua- dua saudara saya juga begitu. Terus terang, hati saya sedikit sayu bila melihat anak anak saudara saya ditinggalkan dengan pembantu di rumah. Tapi, apabila difikirkan semula, mungkin nasib mereka lebih baik kerana ada pembantu di rumah, kerana rata rata ibu bekerja hari ini hanya meninggalkan anak anak kecil mereka di taman asuhan. Itu lagi merobek jiwa!

Kami terus berbual. Memikirkan apakah opsyen - opsyen yang boleh dilakukan bagi membolehkan ibu menjaga anak dari rumah. ( Ini untuk wanita wanita yang memang tidak mahu bekerja. Kalau anda suka bekerja teruskan, jangan bagi komen di sini)

Antara opsyen yang kami simpulkan

1. Carilah suami yang kaya berlanang. Tauke minyak dab atau tauke keretapi
( keretapi lebih besar dari kereta). Yang boleh menanggung semua, tanpa bantuan isteri .
( Saya katakan bantuan kerana setiap sen yang dikeluarkan isteri untuk belanja rumahtangga adalah sedekah jariah, bukan tanggungjawab )


2. Kalau opsyen satu sudah tamat tempoh ( expired ), mungkin boleh cuba bekerja dari rumah. Gunakan kemahiran yang ada.

3. Jadi guru. Sekurang- kurangnya masa bekerja tidak panjang. Pukul 3 sudah boleh pulang ke rumah. Masa cuti sekolah boleh bercanda di rumah.( Tapi saya tengok, cikgu pun sibuk semacam juga )

4. Buka perniagaan. Sekurang-kurangnya ada banyak masa kita boleh aturkan sendiri.

Saya? Kalau diberi pilihan tentu pilihan 1,2 atau 4. Haha! Jangan berbulu ya, tajuk entry ini angan angan!

No comments: