Sunday, September 9, 2012

rumah terbuka

Semalam di rumah terbuka seorang teman

 suami dia : rasalah laksa ini, sedap isteri saya masak. semua orang selalu "request"

saya : ya.. ya..mesti rasa laksa "best in town" ni..

 di dalam hati :

bertuah kawan saya ini, dipuji.

 saya rasa bukanlah kerana laksa itu sedap sangat ( maaf, saya pernah rasa yang lagi sedap ),
  tetapi kerana dia sayangkan kawan saya itu, semua jadi sedap ...hehe..


di waktu yang lain, seorang teman mengadu


"dia selalu sebut kekurangan saya. Sehingga pernah suatu hari, katanya : kawan saya bertanya tentang kekurangan awak. lalu saya bertanya kepada dia, apakah yang dijawab. katanya : Awak ............."

Saya yang mendengar tidak berkata apa apa. Walau dalam hati terlintas : Kalau hati tidak suka, apa dibuat juga tidak pernah kena..

begitulah kehidupan..




No comments: