Wednesday, November 14, 2012

Allah is With Us....

Ramadhan lalu, sewaktu saya sedang beriktikaf sendirian di Masjid Nabawi, bersandar di tiang sambil menelaah Tafsir Quran, saya terasa diri saya dipandang dari jauh. Mengangkat kepala, saya tersenyum pada sekumpulan wanita Palestin tersebut. ( *pada mulanya saya ingatkan mereka orang Arab Madinah). Melihat saya tersenyum, ketiga -tiga mereka menghampirkan diri kepada saya.

" How are you? Where are you from?" tanya wanita yang lebih kurang sebaya saya (30an) dengan penuh ramah tamah memulakan bicara. 

"Alhamdulillah...Malaysia..Are you local?"

"No . We are from Gaza.."

Waktu itu saya mula berminat meneruskan bicara. Tiga kali ke Tanah Suci, ini kali pertama saya disapa dengan saudara dari Palestin. Saya jarang berjumpa dengan orang Palestin di Tanah Suci.

Lalu kami berkenalan sedikit sebanyak.  Wanita sebaya saya itu telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang ditinggalkan di Gaza. Beliau datang bersama ibu, suami, seorang adik perempuan dan seorang anak saudara. Dari perbualan kami tahulah saya bahawa beliau seorang suri sumah dan suaminya bekerja dengan stesen televisyen di Gaza.

Saya juga menyatakan rasa hati saya yang terlalu ingin ke Masjidil Aqsa. Beliau menyatakan kepada saya bahawa semasa kecil, ada juga beliau ke Masjidil Aqsa tetapi tidak lagi sekarang disebabkan sekatan Israel.

Lalu saya bertanya " How is Gaza...How is life in Gaza?"

Jawab beliau " For the time being, alhamdulillah, everything is under control although we are not so free to move around and there is so very limited food and medicine.. but we are okey, Allah is with us...

Jawapan beliau menyebabkan manik manik jernih mula bertakung di kelopak mata saya.

Mereka ini hidup dalam tekanan dan ditindas, namun aqidah mereka tetap kukuh kuat terpelihara. Terasa kerdil sungguh kita yang dilimpahi kemewahan, namun sering lupa itu nikmat Allah yang patut kita syukuri dan sepatutnya nikmat nikmat itu lebih mendekatkan diri kita dengan Rabb yang satu.

Semalam, saya terdengar berita Gaza diserang,(saya tidak tahu sejauh mana atau adakah ia melibatkan orang awam...) tetapi saya berdoa Allah melindungi mereka...dan memberi kemenangan ...
 





No comments: