Monday, February 11, 2013

Duhai Kekasih DI Jiwa 4 : Mengadu , Mencari Bayangmu

Duhai cinta
duhai kekasih di jiwa

bila membaca sirah mu
juga sahabat sahabat mu
hati cemburu

Duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
hari ini
kami tidak sebertuah sahabat sahabatmu
dunia islam tandus pemimpin dalam acuanmu
seperti yang pernah kau teladani dulu

kami rindu
bayangan pemimpin yang dipandu Al Quran dan SunnahMu
yang faham hakikat khalifah , pemegang amanah, seperti yang selalu kau sebut sebutkan dahulu

hari ini kekasih tercinta
pemimpin yang kami ada,
hanya bijak berkata kata
tiada dikota

lebih mengenal PSY dan Gangnam Style..dari mengira sunnah serta contoh yang engkau bawa
lebih sibuk memotong cukai untuk tas tangan dari mengira berapa banyak mulut si miskin untuk diberi makan
lebih banyak menghulur wang segera daripada menyedia sarana membangun agama
lebih banyak berdebat isu picisan daripada memikir kaedah menghapus kemiskinan
bertikam lidah dengan isu kalimah Allah daripada membantu pengemis jalanan yang bersepah sepah

benar kekasih tercinta
negara kami kaya,
tapi umatmu tidak ke mana

semuanya bukan kerana apa
tapi kerana kami tiada pemimpim berwibawa
yang faham al quran serta sunnah yang engkau bawa
serta amanah ..memimpin negara

duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
pemimpin yang kami ada
hanya faham kaedah mengira dan mencari harta
untuk diri dan keluarga
bukan untuk bangsa, agama dan negara

lihatlah sahaja tingkah mereka
berkereta mewah, minyak ditaja
oleh rakyat yang hidup biasa biasa sahaja
kadang berpesta dan ke luar negara
membawa bersama isteri dan anak anak tercinta
bertopeng urusan rasmi negara
padahal membeli belah, hingga terpaksa guna kereta negara
mengambil masa bukan sahaja diri sendiri yang punya, malah dipaksa pegawai kerajaan tidak berdosa


duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
pemimpin yang kami ada
tidak cenderung pada majlis ilmu atau halaqa
tapi cenderung pada K Pop dan Gang Nam yang entah apa kiblatnya
majlis ilmu ditentang dihina
K Pop datang dirai dijulang
jadilah kami rakyat yang buta akal, buta hati, tiada ilmu mahupun kekuatan agama
hanya lalang mengikut rentak pemimpin yang tak kurang butanya


duhai cinta
duhai kekasih di jiwa
sungguh....

kami rindu
bayangan pemimpin yang dipandu Al Quran dan SunnahMu
yang faham hakikat khalifah , pemegang amanah, seperti yang selalu kau sebut sebutkan dahulu

Dalila
Putrajaya
12 Feb 2013













No comments: