Saturday, February 6, 2010

Muzdalifah (9-10 Zulhijja 1430 H )















Selepas Isya kami bergerak,
Dari Arafah menuju Muzdalilfah,
Alhamdulillah , La quwwataillabillah,
perjalanan kami amat mudah...


Berlapik tikar TM berbumbung langit
7 biji batu kami kutip di bumi Muzdalifah
Buat Lontaran esok hari di Jamra Aqabah
Sambil hati mengingati Allah
Serta pesanan di dalam Al Baqarah
(ayat 198)

Tidaklaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang `Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, "talbiah" dan tasbih) di tempat Masy`ar Al-Haraam (di Mudzalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Ia telah memberikan pertunjuk hidayah kepada kamu dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.


sambil mulut mengucap zikir,
7 batu kami kutip.
antara kenangan yang tak mungkin dilupa,
melihat ramainya umat manusia
bermabit di sini mengikut Sunnah Nabi SAW
sebelum berangkat ke bumi Mina,

manisnya muzdalifah,
sentiasa di hati.....

No comments: