Friday, February 25, 2011

basikal merah

Saya memiliki basikal pertama dan satu- satunya basikal ketika berada di dalam darjah 3. Ia bagi memudahkan saya bergerak ke sekolah. Dengan basikal tersebut juga, saya membonceng adik saya yang ketika itu di dalam darjah 1. Basikal yang dibeli oleh bapa saya berwarna merah. Beraga putih serta mempunyai satu loceng yang jarang sekali saya gunakan. Mempunyai pelantar di belakang, boleh digunakan untuk membawa adik saya yang seorang itu sebagai pembonceng setia saya.

Ketika membawa adik saya itu, saya akan meletakkan beg sekolah saya di hadapan
( didalam raga ) dan dia terpaksa memegang begnya di belakang.

Apabila dia telah berada di atas pelantar basikal, saya akan bertanya

" dah?"

kalau jawapannya "dah.."

maka saya akan memulakan perjalanan hari itu.

Setiap hari, selepas waktu sekolah dia akan menanti saya di tangga kelas saya di blok kayu tempat di mana kelas saya berada.

Saya masih ingat lagi , pesan saya kepada adik " mesti dapat nombor bagus bagus
( nombor satu la tuh ), kalau tidak, dia akan memalukan saya. lagi pula, buat penat saja saya mengayuh basikal membawa dia ke sekolah kalau dia tak dapat nombor satu!" itulah ayat saya kepada dia.

Bila difikirkan semula " Ya Allah, kejam sungguh saya!"

Alhamdulillah, sehingga hari ini saya merasakan keringat saya menunngang basikal dan membonceng dia berbaloi.

Adakah saya seorang kakak yang kejam?hehe

Ketika berada di Tun Fatimah, kami sekadar berjalan kami melalui koridor berbumbung dari asrama ke kelas. Beg sekolah pun tidak ada kerana kami meninggalkan buku sekolah di dalam loker peribadi di kelas.

No comments: