Thursday, February 24, 2011

kerana 1000 straw...

Ketika berada di dalam darjah 3, kami mula belajar angka sa, puluh, ratus, ribu.....
Untuk membantu pembelajaran, guru kelas kami iaitu CIkgu Abdul Rahman mancadangkan supaya membawa apa- apa bahan yang boleh dibuat pengira. Antara cadangan beliau ialah lidi, atau straw . Beliau memberi masa selama seminggu untuk kami mengumpulkan bahan tersebut.

Namun begitu, saya bukanlah orang yang begitu rajin mencari dan mengumpul bahan- bahan terbuang seperti itu. Saya mula memikirkan apakah cara paling mudah mendapatkan 1000 straw tersebut.Agh! Beli sahaja! kalau beli 100 batang, macam banyak sangat kan? Haa.....beli 500 batang saja, kemudian
Lalu saya mengusulkan kepada emak saya

" Mak, boleh dak beli 500 batang straw"
"nak buat apa banyak tu?"
"Nak bawa pi sekolah. Cikgu Man suruh sediakan 100 batang untuk dibuat kiraan. tapi kita beli 500, potong dua lah.."
"biar betul Cikgu man tu nak 1000 straw" , tok saya mencelah.
" betul tok" saya menjawab
" takpa, satgi tok pi tanya dia kat rumah"
Lalu tok saya pun pergi ke rumah cikgu man dan beliau bertanyakan hal tersebut.
Ketika tok pulang ke rumah, dia berkata : " laa..cikgu Man bukan beli straw sampai seribu, dia suruh cari apa apa bahan terbuang yang boleh dibuat pengira.

tetapi, saya tetap berkeras mahu membawa 1000 straw tersebut ke sekolah. Degil.
Petang itu, bapa saya membawa pulang berpaket paket straw untuk saya bawa ke sekolah.

Di sekolah, kata Cikkgu Man " Cikgu bukan suruh pi beli straw baru bawak mai sekolah, cukgu suruh cari yang terbuang "....

Saya hanya tersenyum, dalam hati " tak pa la....mana mana pun ok, janji saya ada straw untuk mengira!"

2 comments:

Admin said...

..kita dulu beli straw buat bunga...

Intanterpilih said...

buat bunga? owhh..penah tengok juger tuh..hehe