Monday, September 19, 2011

The Route To Profesional Engineers.


lens@intanterpilih:tamanramaramaChangiAirport

Segala puji-pujian hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam.

Bulan lepas, saya menghadiri suatu taklimat bertajuk The Route To Profesional Engineers. Ia sedikit sebanyak membawa saya menyorot kembali perjalanan hidup saya dari dulu sehingga kini dan apa yang membuatkan saya adalah saya hari ini.

Suatu ketika dulu, jika saya dijemput menghadiri taklimat seumpama ini, saya pasti rasanya tentu berbeza. Maklum saja, pada usia 18 atau 22 tahun, tidak banyak yang saya ketahui tentang kehidupan. Makanya, saya pasti juga percaya dengan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling atau setidak tidaknya seperti yang dipromosikan oleh orang sekeliling, amat penting mempunyai kerjaya mantap. Paling bagus tentulah menjadi seorang doktor atau jurutera atau arkitek atau paling tidak seorang doktor gigi. Itu ketika saya berumur 18 tahun.

Waktu itu, pada saya : kegembiraan adalah mempunyai peluang memasuki jurusan yang diidamkan. Ia boleh juga dikatakan satu pencarian saya waktu itu. Sedikit benar saya sedar bahawa, ia bukan pencarian mutlak saya dalam kehidupan.

Diringkaskan cerita, saya memasuki jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Namun sedikit pula saya bersyukur! Saya masih lagi membandingkan diri saya dengan kawan kawan yang memasuki jurusan perubatan! Hasilnya, saya tidaklah begitu gembira dengan jurusan yang saya bawa! Nyata sekali pada waktu ini, saya gagal memahami konsep Qada dan Qadar tuhan. Sungguh saya manusia angkuh yang merasakan bahawa kudrat saya sendiri mampu membawa saya kepada apa yang saya kehendaki. Tapi Tuhan Maha Kaya dan Maha Mengasihi. Dia aturkan segala peristiwa dalam hidup saya sehingga pada akhirnya, saya sedar, kebijaksanaan dan usaha saya itu tidak akan ke mana tanpa "KunFayaKun", tanpa adanya takdir dari Allah.

Namun, sehingga saya berijazah, saya masih lagi manusia jahil yang tidak memahami konsep Qada' dan Qadar. Masih bergantung pada kebijaksanaan diri dan sedikit benar pergantungan hati saya ini kepada Allah. Ego saya menjadi jadi apatah lagi setiap temuduga yang dihadiri seolah menjanjikan kejayaan sahaja buat saya. Pernah kawan baik saya Yati dan suaminya Faiez bergurau tentang hal ini. Katanya " Apa kau bongak (tipu) dengan interviewer?" Saya lupa itu adalah kuasa Allah, bukan kudrat saya! Namun Tuhan punya mekanisme suap balik yang paling mantap sekali dalam mendidik jiwa hambanya yang kufur nikmat seperti saya ketika itu. Dia menarik nikmat kepuasan kerja kepada saya! Sebanyak mana kerja yang tukar, banyak lagi ketidakpuasan hati saya tentang apa yang saya lakukan. Maksudnya, saya tiada merasa kepuasan berkerjaya! Ada ada sahaja yang tidak kena di hati saya.

Di D*ll Penang (dengan gaji sangat lumayan dan kebebasan waktu kerja) saya merasakan diri seperti robot. Aneh bukan? Padahal orang lain bekerja di situ dengan gembira. ( Mereka insan terpilih yang pandai bersyukur tidak seperti saya).

Di A*a* Mel*ka terasa seperti tinggal di kampung dan terpencil. Sesak dada saya di sini.
( Padahal ramai sahaja orang tinggal di sini. Mereka insan terpilih yang bersyukur tidak seperti saya).

Di Indah Water, saya rasa tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan itu.

Akhir sekali, saya memasuki perkhidmatan awam. Aneh, dengan gaji yang kecil, saya merasa lebih bahagia di sini....sehinggalah hari ini.

Oh ya, berbalik kepada taklimat bertajuk The Route To Profesional Engineers, saya pun belum pasti mahu menjadi Jurutera Profesional atau tidak.( Ia nampak sudah tidak menggiurkan di mata saya seperti dahulu .Hehe) Ada sesuatu yang lebih menarik perhatian saya ketika ini....

God Works in His Own Mysterious .

Moga Allah menjadikan saya insan yang tahu bersyukur...Amin...

bersambung.....

7 comments:

MisY said...

salam, intan terpilih

sy juga seperti anda suatu ketika dulu. bekerja mengejarkan pangkat dan gaji. al maklumlah, kerja di TV3 yg penuh glamor dan bergaji 'tahap siling'. nantikan kesinambungan kisah ini di blog saya ya...

Intanterpilih said...

Hi K yanti
sure...cerita la..suke baca cerita orang..hehe..semua yg jadi ada rahsia yang kita tak tau..kan..

Teratak Hami said...

Salam Intanterpilih ...
Akak dah "bebas" dari bekerja tapi now gatal2 nak bekerja semula ... bersyukur tetap bersyukur dengan pengalaman hidup yang dipinjamkan. Pangkat dan gaji yang banyak tidak menggiurkan lagi :-)

Intanterpilih said...
This comment has been removed by the author.
Intanterpilih said...

kak Aja,
Betul tu.Saya juga tgh eyeing to " yang menggiurkan " itu..insyaallah...

Yatie said...

hehe.. betul tu! aku slalu rasa ko very lucky coz got thru any interviews! (aku sepjg idup berkerja pegi sekali dua interview jek.. ishk). anyway, agree.. at this point in our life we are more discerning.. material is definitely not everything. yg penting (cam ko ckp hari tu).. hati yang nak dibawa ke 'sana' :)

Intanterpilih said...

Beb Yatie :
Weh. Esok pagi aku pi melaka.pendaftaran and taklimat hakim petang..malam definitely free ( no one to date!huhuhu)so kalu ko tak date ngan aku malam esok, terpaksalah aku drive n pegi melepak kt starbuck mana mana seorang diri (sian aku...) jum le date ngan aku malam esok..hahahaaaa