Monday, August 8, 2011

Tupperware


Wanita A : Akak simpan duit banyak dalam A**. Awak pun patut simpan banyak kat situ. Simpanan hari tua

Dan saya memang seorang yang pantang bila orang berbual pasal duit. Saya elergi. Tak kira perbualan itu seolah menunjuk nunjuk dia punya wang yang banyak ataupun untuk menunjuk dan menyatakan dia tiada punya wang. Seraya saya membalas.

Saya : Alhamdulillah. Bagus Akak banyak duit simpanan.

Wanita A : Rezeki. Allah bagi

Saya : Betul. Alhamdulillah. Rezeki datang dengan pelbagai bentuk. Wang ringgit, anak, bos yang
baik, rakan kerja yang baik, hati yang senang dan jauh dari resah gelisah adalah rezeki
juga. hatta tidur yang nyenyak sekalipun adalah berupa nikmat ( rezeki ) yang Allah bagi.
persekitaran kerja yang baik di mana semua orang senang bekerja dengan kita dan kita
senang bekerja dengan orang adalah rezeki juga.

Wanita A : Betulkah? Pada akak, duit tu rezeki lah. Yang lain akak tak pasti.

Saya : *Astaghafirullahalazim. Sempitnya definisi. Moga Allah mengampuni kita semua.

.............................................................................................................................................................

Saya fikir, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk, tidak hanya dalam bentuk wang ringgit. Anak , bos yang baik, rakan kerja yang baik, hati yang senang dan jauh dari resah gelisah adalah rezeki juga. Hatta tidur yang nyenyak sekalipun adalah berupa nikmat ( rezeki ) yang Allah bagi. Persekitaran kerja yang baik di mana semua orang senang bekerja dengan kita dan kita senang bekerja dengan orang adalah rezeki juga.

Jadi, kalau kita rasa kita banyak duit, tak perlulah berlagak atau menunjuk terhadap orang yang kurang berduit, kerana siapa tahu, dia punya rezeki dari sudut lain yang kita tidak dapat. Dan kalau kita tergolong dalam golongan yang tiada duit, atau susah, tolonglah fikirkan nikmat Allah yang lain pada kita, contohnya kita masih bernafas, punya anak, punya kasih sayang orang sekeliling dan sebagainya.

Hakikatnya, semua manusia di dunia ini diberi sebuah bekas yang sama saiz. Kalau dianalogikan, sebuah tupperware yang sama saiz. Sekiranya 4/3 tupperware itu diisi dengan wang ringgit, 1/3 lagi bakal diisi oleh keperluan lain dalam kehidupan seperti kasih sayang, kebahagiaan atau apa apa sahaja. Bila diisi 4/3 itu oleh nikmat lain, maka yang tinggal 1/3 itu mungkin akan diisi dengan kasih sayang atau apa sahaja.

Tuhan kan adil, mana mungkin Si A mendapat segalanya dan Si B lagi tidak mendapat apa apa.


Apa yang penting, belajarlah bersyukur kepada Allah walau apa pun situasi kita.(Ingatan untuk diri sendiri) Pada akhirnya, kaya atau miskin, banyak duit atau tiada duit, gemuk atau kurus, cantik atau hodoh, kita akan pulang dengan membawa hati kita yang bakal dinilai.
( Oh, saya masih berusaha memperbaiki hati...sukarnya!)

Sebesar mana tupperware kita, atau apa juga isi yang kita dapat, pada akhirnya, fokus yang paling utama adalah negeri abadi yang kita tuju, yang kekal selama- lamanya.

Dunia hanya sementara.




imej:makdanpakdisatuwaktudhuhadiMasjidilHaramyang indah







No comments: