Wednesday, October 19, 2011

BERSARA


Masjid Nabawi


Pagi tadi kami menghadiri majlis persaraan orang No. 1 Jabatan saya( Dato' Hajah ).
Ia juga majlis persaraan orang No.2 ( Ir. L** ) dan beberapa staf lain.

Membuat saya berefleksi sendiri. Apa yang mahu saya lakukan bila tiba masanya saya bersara?.

Wah!! Saya sudah membayangkan semua yang indah indah bila bercakap tentang persaraan : -

Mana tidaknya, saya bakal mempunyai kemewahan paling mutlak! MASA!

1. Seronoknya bila pagi pagi selepas solat subuh saya boleh membaca tafsir al quran selama mana saya mahu, selagi tidak mengantuk.

2. Seronoknya bila pagi - pagi saya boleh solat dhuha sebanyak mana rakaat yang saya mahu tanpa perlu saya berkejar kejar pula ke pejabat untuk " thumb print"!

3. Seronoknya bila pagi - pagi dapat menikmati sarapan pagi di kedai kegemaran saya tanpa tekanan. Tidak ada piagam pelanggan yang perlu dipatuhi. Tidak ada mesyuarat perlu dihadiri.

4. Seronoknya jika dapat jadi Madam Tai Tai , pergi ke mana mana ada orang yang hantar dan jemput ( ini penambah perisa sahaja ya )

Lebih seronok jika

5. Waktu itu, semua company-company,syarikat syarikat, kilang-kilang, factory factory , estet estet dan ladang ladang kepunyaan saya membuahkan hasil yang lumayan!
( ini penambah perisa sahaja ya )

6. Aktiviti 1-4 itu dilakukan di tempat idaman jiwa saya...:)


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
(Al ANkabut, 64 )



Namun sesungguhnya, moga saya tidak lupa ayat di atas bahawa dunia ini tidak lebih dari senda gurauan. Negeri abadi tempat tujuan kita yang mutlak.

Kalau dapat menjadi Madam Tai Tai di sini, harapnya juga Tai Tai di sana. Dilayan oleh bidadari syurga ( atau bidadara ? ), aman, tenteram hendaknya.

Kalau ada company-company,syarikat syarikat, kilang-kilang, factory factory , estet estet dan ladang ladang kepunyaan saya membuahkan hasil yang lumayan di sini, moga dapat memberi manfaat untuk saya di sana.
( LHDN- tak perlu periksa akaun saya, ini hanya angan angan!)

Paling penting, saya kira masa yang ada dapat saya manfaatkan untuk menyediakan bekalan bagi satu perjalanan yang panjang di negeri abadi.

Moga mendapat kesudahan yang baik! Amin amin amin








6 comments:

the principal said...

Salam,

Dulu K Emy pun mcm Dalilah, pikir nak retire @ d age of 55, then mcm2bende nak buat lps retire. June,2006 sewaktu nak tulis azam 2007, terpikir

1) what if tak hidup sampai 55?
2) what if hidup sampai 55, tp tak berdaya fizikal/ mental utk melakukan perkara2 yg dirancang?

Solat istikharah & Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah, after 5 years retire from the corporate world, tak pernah ada sesalan. Duit tak sebyk masa kerja but when your life is filled with happiness, material things tak mampu menandingi kebahagiaan ini.

Ramai yg jika diberi pilihan kata ingin bersara tp tak ramai yg TAKE ACTION.

Janggel said...

terbaek!

Teratak Hami said...

Dalilah .... akak tolong amin kan angan2 awak tu :-)

Intanterpilih said...

Kak Emy : so true...kita pun tak tahu hidup ni bila penghujungya..
tp tu la..belom ada kekuatan nak melangkah..doakan

Intanterpilih said...

Janggel : hehe...sekadar bercerita...hehe

Intanterpilih said...

Kak Aja :
amin...thank you sis