Saturday, October 15, 2011

...Rindunya!

O you who have believed, do not raise your voices above the voice of the Prophet or be loud to him in speech like the loudness of some of you to others, lest your deeds become worthless while you perceive not. (AL Hujurat, 2)

Pagi tadi, saya bertemu dengan ayat di atas.

Seraya saya teringat peristiwa semasa menziarahi Makam Nabi SAW waktu musim haji 2009. Waktu itu, fikir saya, dengan badan yang sihat, saya mahu menziarahi Nabi SAW setiap hari sementara saya masih lagi berada di bumi Madinah. Alhamdulillah Allah taala mempermudahkan saya menziarahi Baginda SAW dan memasuki raudhah setiap hari selama lapan hari saya di Bandar Bercahaya itu.

Untuk memasuki Raudhah dan melawat Makam Baginda SAW, jemaah dikumpulkan mengikut negara masing masing dan menunggu giliran memasukinya.

Suatu hari, saya menunggu giliran seperti biasa untuk memasuki raudhah dan memberi salam kepada Baginda SAW.

Di hadapan kumpulan saya , kumpulan Asia (Indonesia dan Malaysia ) terdapat kumpulan Turki manakala di belakang kami terdapat kumpulan jemaah dari India.

Secara peribadi saya berpendapat, jemaah Malaysia umumnya punya budi bahasa yang tinggi. lemah lembut dan sabar berbanding jemaah India, Turki dan kadangkala jiran sebelah kita, Indonesia.

Sewaktu menunggu, tiba- tiba jemaah India yang sepatutnya berada di belakang kami, beramai- ramai memotong kumpulan kami ke hadapan. Bukan itu sahaja, sewaktu dalam usaha memotong barisan kumpulan kami, ditunjalnya kepala saya supaya dia dapat mara ke hadapan!

Sakitnya!

Astaghafirullahalazim...terpacul ucapan istighafar dari mulut saya. Saya dongak kepala memandang jemaah India berkenaan yang waktu itu terus mengangkat tangan ke dadanya memberi syarat memohon maaf.


Aduh! Gelojohnya! Bukankah kita hendak bertemu kekasih Allah? Kenapa perlu berebut begitu di hadapan Baginda SAW?


Alahai, saya mengingatkan diri :

Moga jika kita diberi peluang untuk ke sana dan menziarahi Junjungan Mulia SAW dan ditakdirkan ramai pula yang menanti giliran seperti kita, kita boleh bersabar. Moga dapat menjaga akhlak dan sopan santun di hadapan Kekasih Allah (SAW) sesuai dengan arahan yang terdapat di dalam ayat tersebut atas walau selama mana kita perlu menanti.....

Moga kita mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak. Amin.

Selawat dan salam ke atas Baginda Junjungan Mulia Kekasih Allah...Rindunya!





4 comments:

Janggel said...

wah best baca kisah kesabaran ni.

Teratak Hami said...

Akak pun rindu nak ke sana. Akak suka pergi ke Raudhah berseorangan. Lagi "touching" and senang nak bawa diri sembahyang di saf paling depan.

Intanterpilih said...

Salam Janggel...
:)hehe..sekadar cerita..hehe

Intanterpilih said...

Kak Aja
yup. sangat rindu nak ziarah Nabi SAW...memang seronok bawak diri sensorang masuk raudhah..nak doa lama lama best sket...tak risau orang...kan...