Thursday, October 13, 2011

Di Celah Celah Kehidupan- Rezeki Tuhan Di Mana Mana


maaf, imej kabur kerana diambil dari dalam kereta

Aghh...akhir akhir ini kerap pula saya menulis..mungkin kerana sunyi ..anyway...here is my story ( macam la ada orang baca ..haha)

Pagi tadi, saya melawat ke satu tapak pelupusan s*ampah . Atas tujuan rasmi. Kami tiba ketika matahari masih memancarkan cahaya manjanya. Masih pagi. Masuk untuk sessi taklimat oleh Pengurus Tapak. Sessi taaruf bertukar menjadi sessi soal jawab yang panjang. Menyebabkan kami terpaksa memasuki tapak ketika hampir tengahari. Panas terik.

Ini bukan kali pertama saya memasuki tapak pelupusan s*ampah. Dahulu sewaktu kami perlu melakukan penggambaran dokumentari sungai pun saya pernah memasuki tapak pelupusan. Ia pengalaman berbeza. ( berbeza tempat ). Secara dasarnya operasi masih sama. Namun hari ini saya melihat sesuatu yang berbeza. Sama sekali berbeza.

Di celah celah timbunan sampah sarap yang baru sahaja tiba itu, dan dalam kesibukan jentolak mundar mandir meratakan timbunan sampah sarap itu, saya melihat tubuh tubuh manusia dengan tangan cekap bekerja memilih mana mana bahan di dalam timbunan sampah sarap itu yang masih boleh dikitar semula. saya nampak mereka meraih plastik, botol dan kadang kala bahan - bahan besar yang pelbagai.

" kaca tidak lagi diminati ", kata Pengurus tersebut memberitahu.

Saya menyambung " Kebanyakan mereka ini orang tempatankah atau orang asing ? "

" Oh, mestilah orang asing, orang kita mana tahan melakukan kerja-kerja kasar begini. Orang Ban%gla@desh juga tidak tahan. Yang tahan cuma orang I#n&donesia", katanya memberitahu.

" Oh, begitu."

Maha Suci Allah, rezeki kalau diusahakan ada di mana mana. Janji Allah, setiap yang bernyawa ini ada rezeki yang telah ditentukan. Kagum. Melihat manusia melakukan pekerjaan yang halal, walaupun nampak berat di pandangan mata . Lihatlah, dalam timbunan buangan sampah pun masih terselit rezeki yang halal......Berusaha, itu rahsianya...

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?”
QS. an-Nahl (16) : 72

Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).
QS. an-Nahl (16) : 73

Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
QS. an-Nahl (16) : 74



No comments: