Monday, February 20, 2012

The Audience Are Not Ready

Isnin lepas, saya bertemujanji dengan seorang kawan lama , kawan semasa saya belajar di universiti. Kami memang rapat, maklumlah, rakan sebilik saya selama tiga tahun.

Beliau bercerita

" Aku sekarang pegang post secreteriat sosial untuk W_N_." (Sebuah pertubuhan yang berkaitan dengan keusahawanan wanita ). Jadi aku kena aturkan aktiviti sosial. Sebelum ini, kalau sebut aktiviti sosial, pasti makan malam amal atau aktiviti seperti pocho pocho ataupun konsert dan sewaktu dengannya. Bila aku pegang, aku buat majlis ceramah agama, panggil ustaz tempat aku selalu ikut kelas. Bila aku tanya maklumbalas,rata -rata mengatakan ustaz tersebut keras. Mereka mahukan yang lebih kelakar. Lebih lembut. Kurang tekanan kot.Pelik juga, selama aku belajar dengan Ustaz tersebut, aku rasa penyampaian beliau biasa sahaja, sopan dan berupa pengisian- pengisian yang baik. Tiada pula aku rasa dia keras atau kasar bahasanya.Kemudian aku terfikir, mungkin audience are not ready"

Seraya saya mendapat idea : " Haa.. jemputlah Ustaz Azhar Idrus!"

Kawan saya senyum..

Hakikatnya, sebagai hamba, kita perlu sentiasa bersedia..tak begitu? Kematian bakal menjemput bila bila sahaja..dan hakikat kita sebagai hamba adalah satu kenyataan yang perlu kita terima walau sehebat mana kita di dunia, kita tetap hambaNya..

Nota : Sangat teringin nak dengar ceramah UAI live...:)Saya suka cara beliau

2 comments:

Unknown said...

Salam.

Bayar RM200. InsyaAllah akan tercapai impian anda itu.

Hehehe...

Intanterpilih said...

Eh, bukan ke ada orang nak bayarkan?kan kan kan