Pagi semalam, saya menonton rancangan Reflection, Al Hijrah.
Shuaib Webb membacakan terjemahan dan perkisahan Surah As Syams....
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
-As Syams ( 1-15)
.................................................................................
Saya terkenang perjalanan saya ke perkampungan Nabi Salleh di Al Ula Madain Salleh , tempat di mana perkisahan tentang kaum Nabi Salleh ini .
Madain Salleh letaknya lebih kurang 4 jam dari Madinah. Kaum Nabi Salleh ini angkuh dan enggan menurut perintah Allah dan menyangka gua gua batu yang mereka ukir indah serta kukuh itu mampu menghalang azab Allah. Betapa mereka salah. Akhirnya, semua yang ingkar pada perintah Allah dimusnahkan sekelip mata ( kerana mereka melanggar perintah Allah supaya menggiliri minumnya unta dan manusia berselang seli.)
Semasa melawat ke dalam rumah rumah kaun Tsamud ini di perkampungan Hijri Madain Salleh ini yang merupakan gua gua yang diukir indah, dan di dalamnya terdapat tempat berehat ( tidur barangkali ) , memang kita nampak tempat ini dahulunya pernah diturunkan bala oleh Allah dengan sebab keingkaran kaum Tsamud ini.
Mengerikan. Ngeri mengingatkan azab yang dicerita oleh pemandu pelancong kami waktu itu. Seingat saya, kata beliau, kaun Tsamud dimusnahkan oleh kejadian ribut.
Moga moga kita terlindung dari azab siksa Allah dan sentiasa dilimpahi rahmat dan perlindunganNya. Amin.
* imej : saya dan bapa di Madain Salleh.Nampak tak bukit berukir di belakang kami tu? itulah katanya kediaman kaum Tsamud di madain Salleh. (ker dewan orang ramai mereka..dah lupa ..hehehe)
No comments:
Post a Comment