Sunday, March 4, 2012

kepada Engkaulah (Ya Allah ) sahaja kami memohon pertolongan.

Pagi tadi, selesai menggoreng nasi yang sangat sedap, saya menonton rancangan kegemaran saya sekarang iaitu Reflection, tv al hijrah bersama imam Suhaib Webb

Pagi ini beliau membaca tafsir surah al fatihah.

Saya pula bagai di hantuk batu besar ke dahi.....

Baru saya sedar bahawa di dalam setiap kali kita menunaikan solat, kita memperakui serta berdoa bahawa " Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan "

Saya rasa kesan ayat ini cukup besar. Secara peribadi,

Hebatnya orang Mukmin yang bertakwa! Hanya meminta pada yang Esa.Tidak pada yang lain.Tidak pada manusia.Tidak pada apa jua kuasa di dunia ini. Tidak pada sesiapa.Hanya pada Allah. Kerana dia yang Maha Berkuasa.Subhanallah.


Saya mohon keampunan Allah atas kelalaian saya selama hari ini...

Jom hayati surah Al fatihah....




Al-Fatihah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

No comments: