Wednesday, February 23, 2011

DIKETUK KERANA KIDAL

Hari pertama persekolahan saya, bapa saya tidak mahu menunggu. Saya juga tidak kisah. Saya langsung tidak menangis. ketika memasuki darjah satu, saya sudah pandai membaca. malah sudah pandai membaca akhbar. Saya juga sudah pandai menulis.
Masalahnya, saya menulis dengan tangan kiri.(*sehingga kini*)dan ini tidak disenangi oleh guru kelas saya, Puan Hasnah yang bertudung labuh.

Setiap kali saya menulis ( dengan tangna kiri), tangan saya akan diketuk. Beliau menyangka saya belum pandai menulis dan baru belajar, jadi beliau mahu saya mula belajar menggunakan tangan kanan. Malangnya, pada hari pertama persekolahan lagi, saya memang telah biasa menulis dan membaca , dan menulis pula dengan tangan kiri.

Saya pulang dan mengadu kepada bapa saya bahawa saya diketuk kerana menulis dengan tangan kiri. Bapa saya segera ke sekolah dan bercakap dengan Cikgu Hasnah bahawa saya telah pandai menulis sejak sebelum persekolahan lagi dan memang saya kidal. Sejak hari itu, saya tidak lagi diketuk. Cikgu Hasnah membiarkan saya menggunakan tangan kiri dan beliau mula memahami yang saya bukanlah baru belajar menulis dan membaca.

Hakikatnya, memang saya tahu bahawa lebih baik menggunakan tangan kanan (mengikut sunnah nabi ) namun, kecenderungan saya sebagai seorang yang kidal memang sukar diubah. APatah lagi ketika Cikgu Hasnah mahu mengubah kekidalan saya itu, saya telah 2 tahun memegang pensel dan menulis dengan menggunakan tangan kiri.

Ketika berada di darjah 3, saya mula mengajar adik saya mnulis. Saya tidak pasti, apakah dia seraong yang kidal secara semulajadi seperti saya, atau dia menjadi kidal dek kerana dilatih menulis oleh saya!

Ketika berada di Sekolah Tun Fatimah, kami diwajibkan menggunakan sudu dan garfu ketika makan malam. Sekali lagi saya melihat kelainan pada diri saya. Namun ketika ini, alhamdulillah tiada sesiapa yang mengetuk saya! Saya memegang sudu dengan tangan kiri dan memegang garfu dengan tangan kanan! Namun begitu, sekiranya saya makan menggunakan tangan ( cara melayu ) saya akan menggunakan tangan kanan untuk menyuap ke mulut. Mujur! Namun , selain dari menyuap ke mulut, saya akan menggunakan tangan kiri termasuklah bermian badminton, golf (saya pernah belajar bermain golf di driving range ) dan memotong menggunakan pisau ketika menyiang sayuran serta lain lain aktiviti.

Sewaktu mengerjakan umrah pada Januari 2009, ketika kami sedang menikmati makan tengahari, saya berasa saya ditenung oleh seorang pekerja arab di situ. Lalu saya memandang beliau. Serentak itu beliau memberi isyarat dengan mengangkat tangan kanan dan menyebut ' "Sunnah!Sunnah".....Oh, rupanya beliau memerhatikan saya memegang sudu dengan tangan kiri dan mahu menegur supaya saya mengikut sunnah nabi dengan memegang sudu di tangan kanan....Saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Seraya teringat peristiwa diketuk oleh Cikgu Hasnah yang mahukan saya menggunakan tangan kanan...............

2 comments:

yasmine said...

aku memang kidal...hehehe

Natra said...

saya pun kidal... dan seorang anak saya kidal... lagi dua orang anak menggunakan kanan... dan mereka teringin nak kidal...