Thursday, February 24, 2011

Puteri Duyung

Ketika berada di dalam darjah 2, saya mendapat tempat kedua di dalam kelas. Tempat pertama disandang oleh kawan baik saya juga ketika itu, iaitu Ilah ( Fadzilah ). Gembira hati tidak terkata. Pada hari penyampaian hadiah tersebut, Tengku Budriah selaku Raja Perempuan Perlis berkenan menyampaikan hadiah kepada kami para pelajar Sekolah Tengku Budriah. Ia satu pengalaman zaman kanak kanak yang sangat indah.

Kami telah berlatih bersungguh sungguh untuk upacara penerimaan hadiah tersebut. Kami diajar untuk menyebut " manjunjung kasih tuanku" sebaik menerima hadiah tersebut dari Bagianda Raja Perempuan. Seingat saya 3 hari kami " rehearsal" untuk upacara tersebut!

Pulang ke rumah, saya terus mewar warkan kepada keluarga bahawa saya akan mendapat hadiah pada hari tersebut dan meminta bapa saya ke sekolah bagi menyaksikan hari bersejarah itu nanti. Bapa berjanji " Ya, mestilah mai....anak dapat hadiah..."

Tiba hari yang dinantikan, saya terlebih dahulu ke sekolah menaiki basikal. Saya bersiap- siap di dalam barisan menanti ketibaaan Baginda raja Perempuan sambil tercangak- cangak meninjau ninjau mencari bapa saya.

Agh! Tu dia...ada pun..." saya lega di dalam hati. Saya mahu dia melihat anaknya ini mendapat hadiah!

Bila tiba giliran saya, saya terus bergerak ke hadapan dan bersalaman dengan Tuanku Raja Perempuan Perlis ketika itu, saya mengucapkan " menjunjung kasih tuanku"...." lalu mangambil hadiah dari tangan baginda dan berlalu.

Saya terus menghampiri bapa saya. " Apa hadiah tu?" saya jawab " tak tau...buku rasanya..nak buka kat rumah"...

Tiba di rumah, saya membuka dengan berhati- hati bungkusan hadiah tersebut dan melihat sebuah buku bertajuk " Puteri Duyung"...

ia hadiah pertama zaman persekolahan saya, ia sebuah buku Puteri Duyung..........

Saya berulang kali membaca buku itu tanpa jemu.....Waktu itu adalah kali pertama saya merasa nikmatnya berusaha dan mencapai kejayaan.....

6 comments:

Yatie said...

bestnya!!! i remember time skolah rendah dpt hadiah tapi water colour! books are definitely one of the best gifts! :)

life according to gerberra said...

syabbas mere betti hahah

Intanterpilih said...

yatie : yup, it is small...but it is something i remmeember until today

Intanterpilih said...

che la : nehi nehi

yasmine said...

puteri duyung tu dulu nama apa ha..buku la ni nama ariel..cik puteh kata nama dia..saffieya..

Intanterpilih said...

takdak nama....dia kata putri duyung saja...Al Amir ka Agogo tah yang koyak kulit buku tu...chesss!!!harusku tuntut bela..haha