Tuesday, October 11, 2011

Popiah Goreng-Tragedi Peminat Rahsia


Dari Lens@Intanterpilih: Karipap during one of our picnic session with Fateha and Sha...

Sewaktu di universiti, seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya tinggal di rumah sewa. Nikmatnya- bebas! Itu yang saya cari waktu itu selain tidak berminat untuk berpersatuan di dalam kampus. ( Zaman itu, sekiranya mahu tinggal di asrama (isk....asrama??apa tu??tidakkk) pelajar perlu aktif berpersatuan atau sukan.

Saya juga seorang penghidap gastritis sejak dari tingkatan tiga. Sering muntah muntah dan kadangkala terbaring sehingga 3 atau 4 hari.

Suatu pagi hujung minggu yang indah, selesai solat subuh, kawan saya D mengajak saya ke pasar untuk membeli barang barang dapur. Katanya mahu buat popiah. Saya melompat kesukaan! Popiah merupakan satu makanan kegemaran saya waktu itu. Saya bersetuju.

"Kita ke perpustakaan dulu yer Ch*ilique, aku nak hantar buku ni. Dah expired", kata D.
" Okey, boleh saja",saya bersetuju.

D menunggang motosikalnya dan kami terus menuju ke perpustakaan. Sampai di tempat letak motor, saya terpandang sebuah motor kepunyaan seorang senior saya. Kepala saya mula terfikir untuk berbuat nakal. Begitu juga D. Kami bertukar pandangan mata. Tersenyum. Kemudian ketawa.

" Jom!" Serentak kami berkata.

Lalu kami pun mengoyak sehelai kertas dari notepad saya.

" Apa nak tulis ni?" tanya saya

" Ala kau ni Chi*lique, macam tak pernah dapat message dulu- dulu. Tulis aje la macam tu...."
" Iye la..itu dulu, zaman sekolah..ini lain..."

Akhirnya kami bersetuju untuk menulis entah apa saya tidak ingat. Yang saya ingat kami ketawa terbahak bahak ketika meletakkan nota tersebut di atas motor senior tersebut.

Kami pun berlalu dari situ dan terus ke pasar untuk membeli bahan bahan membuat popiah.
Sewaktu dalam perjalanan, saya mula merasa sakit di sebelah kanan. Saya ingatkan ia sakit sakit biasa sahaja. Memang ketika belajar, saya ada penyakit gastritis.

Sewaktu membeli belah di pasar, sakit perut saya semakin serius. Tapi, saya gagahkan juga.
Sehingga selesai.

Kami pulang ke rumah. Waktu itu, badan saya mula panas. Demam yang tiba-tiba. Sebaik tiba, saya meminta diri untuk tidur. Pesan saya , " D, dah siap popiah nanti kejut aku. Nak rasa",
D yang memahami badan saya semakin tinggi suhunya itu menjawab, "Okey".

Saya tertidur dengan suhu badan yang tinggi. Bangun dari tidur, saya memakan sekeping popiah. Sedap rasanya walaupun dalam keadaan tidak sedap badan. 5 minit kemudian, saya muntah tidak henti henti. Badan semakin panas, dan muntah saya semakin teruk sehingga tidak ada apa yang hendak dikeluarkan lagi.

D risau. Dia ingatkan popiah itu beracun atau sayur yang digunakan beracun.

R memujuk saya ke hospital. Pada mulanya saya berkeras namun, ( takut makan ubat dan takut jumpa doktor) sehingga maghrib, saya sudah tidak tahan sakit lagi. Saya bersetuju. R membawa saya ke hospital dan menunggu di sana sehingga emak saya tiba dari Perlis sekitar jam 1 pagi. Saya disahkan appendiks. Pembedahan perlu dilakukan segera kerana apendiks saya telah pecah dan menyebabkan ketoksikan. Itulah sebabnya saya demam panas teruk. Sekiranya tidak dilakukan segera, ia mungkin boleh membawa maut.

Pembedahan mengambil masa lebih kurang 4 jam ( jika tidak salah ingatan saya ). Apabila keluar dari dewan pembedahan, doktor mengejutkan saya. Buka sahaja mata, saya rasa loya dan muntah lagi. Kali ini lebih siksa, kerana terdapat jahitan baru di perut saya.

Apabila D dan A serta C datang melawat, D mengusik " Chi*lique, kau makan popiah aku sampai pecah apendiks...ke sebab kita ketawa waktu letak mesej di motor senior tu? "

Kami ketawa lagi. Sakit sungguh jahitan di perut saya....

Bila dikenang kembali, saya bersyukur punya kawan yang baik. Mengambil berat terhadap saya waktu itu. Alhamdulillah, saya dan R masih berjumpa dan masih rapat sehingga hari ini.
( Beliau bakal usahawan wanita berjaya. Punya gymnasium sendiri walaupun sewaktu di universiti kami sama sama mengambil jurusan mekanikal )

Sejak menjalani pembedahan apendiks tersebut, saya tidak pernah kena gastritis lagi. Saya tidak pasti mengapa, yang saya tahu, ia tidak ada lagi di situ setelah saya menjalani pembedahan apendiks. Mungkin ia boleh diterangkan secara saintifik. Saya tidak pasti.

Berkenaan popiah, lama juga saya tidak makan popiah goreng, kerana geli bila teringatkan saya termuntah sewaktu sakit tersebut. Tapi sekarang alhamdulillah, saya kembali menikmatinya...

Apa yang pasti, setiap sesuatu tidak akan berlaku tanpa izin dari Allah juga tanpa sebab. Hatta sekerdip mata kita. ...

5 comments:

Teratak Hami said...

Salam,
Awak bukan student Jepun ke? Camne boleh duduk luar?

Akak pernah operate Appendiks. Sakitnya kalah sakit after beranak :-)

Intanterpilih said...

Salam Kak Aja
Saya bukan student jepun. Student Malaysia.hehe

memang sakit appendiks...btul..tak bole bangun..hehe

Yatie said...

syukur semuanya ok. aku ingat lagi dulu2 time ko sakit2 tu mcm2 org ingat.. kena santau la apa la.. ishk.. yang pentingnya sekarang dah sembuh.. alhamdulillah :)

Intanterpilih said...

Yatie
Semuanya dari Allah SWT kan..

ajamz said...

sakit sampai macam macam doktor bomoh nak ubatkan. sib baik gantikan pengorbanan pak dan mak bawak depa pi mekah